Malay Kids In France
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malay Kids In France

Untuk Orang Melayu saja!

 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  

 

 153 rakyat Perancis maut: Jet MD-82 Colombia terhempas

Go down 
AuthorMessage
lUzsTaR_hiTcHie
Hyper User!!!
lUzsTaR_hiTcHie


Number of posts : 1153
Localisation : beach of bitches n sumtime bilik awek korg.
Registration date : 2005-08-14

153 rakyat Perancis maut: Jet MD-82 Colombia terhempas Empty
PostSubject: 153 rakyat Perancis maut: Jet MD-82 Colombia terhempas   153 rakyat Perancis maut: Jet MD-82 Colombia terhempas EmptyWed 17 Aug à 16:27

PARIS: Sebuah pesawat Colombia terhempas di Venezuela semalam menyebabkan kesemua 153 penumpangnya yang juga warga Perancis, terbunuh, ketika mangsa dalam perjalanan pulang selepas seminggu bercuti di pulau Martinique di Caribbean, kata pegawai Pihak Berkuasa Penerbangan Awam dan firma pelancongan di sini.



Pegawai Colombia awalnya berkata bahawa pesawat West Caribbean Airways yang terbang dari Panama ke Martinique, membawa 152 penumpang dan lapan krew warga Colombia. Semuanya terbunuh dalam nahas bertempat di barat Venezuela.

Pihak berkuasa Perancis di Martinique Direktorat Penerbangan Awam (DGAC) di Paris meletakkan angka kematian pada 153.

Syarikat pelancongan Martinique yang menyewa pesawat MD-82, Globe Trotters, menyatakan penumpang terbabit dalam perjalanan pulang selepas seminggu bercuti di Panama.

Seorang pegawai kerajaan di pulau berkenaan, Maurice Tubul, berkata satu senarai penumpang sedang disiapkan.

Katanya, Pejabat Siasatan Kemalangan Udara Perancis (BEA) menghantar tiga orang ke Venezuela dan dua ke Martinique untuk menyiasat kemalangan itu.

Laporan awam mengatakan bahawa dua enjin pesawat berkenaan gagal berfungsi menyebabkan ia terhempas.

Ini adalah kemalangan kedua dalam tempoh lima bulan membabitkan pesawat Colombia, sebuah syarikat penerbangan kecil yang dilancarkan pada tahun 2000 dan memberi perkhidmatan ke Colombia, Amerika Tengah dan Caribbean.

Menteri Dalam Negeri Venezuela, Jesse Chacon berkata, pesawat McDonnell Douglas MD-82 itu terhempas antara jam 3 pagi dan 3.45 pagi waktu tempatan selepas juruterbangnya melaporkan dua enjin bermasalah.

Penduduk di bandar Machique melaporkan, mereka melihat satu letupan di kawasan pergunungan, lapor Televisyen Globovision.

Jet itu terhempas di antara daerah La Cucharita dan La Negra yang berdekatan sempadan Venezuela-Colombia border.

West Caribbean Airways mempunyai tiga jet termasuk pesawat McDonnell-Douglas MD-82 yang terhempas manakala dua lagi adalah MD-81 selain pesawat Czech Let-410 dan Franco-Italian ATR-42. – AFP
Back to top Go down
 
153 rakyat Perancis maut: Jet MD-82 Colombia terhempas
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» ‘Rakyat Jepun musuh kejam’
» Rakyat diajak kuasai Bahasa Inggeris
» Lima sahabat maut kereta bertembung trailer!
» Lelaki maut nahas treler disaksi anak, isteri sendiri

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malay Kids In France :: .:All:. :: World News-
Jump to: