Malay Kids In France
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malay Kids In France

Untuk Orang Melayu saja!

 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  

 

 Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu

Go down 
2 posters
AuthorMessage
-[zaim]-
Super User!!
-[zaim]-


Number of posts : 667
Localisation : hurm...D bumi Allah!
Registration date : 2005-08-10

Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu Empty
PostSubject: Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu   Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu EmptyFri 16 Sep à 20:47

Awasi e-mel kiamat
Oleh Zaitie Satibi

KUALA LUMPUR: Ramalan berlaku kiamat ketika gerhana berpasangan Oktober ini yang diedarkan melalui e-mel dalam laman web forum tempatan hanyalah andaian semata-mata.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata umat Islam perlu menolak ramalan itu yang bertujuan merosakkan akidah mereka.

Katanya, mereka perlu berhati-hati apabila membaca e-mel berkenaan dan jangan mempercayainya.

“Hari kiamat perkara ghaib yang sebenarnya berada di bawah ilmu Allah. Sesiapa pun tidak tahu sedangkan Nabi sendiri pun tidak tahu bila hari kiamat.

“Sudah banyak ra malan sedemikian dibuat dari semasa ke semasa dan dilakukan sejak zaman Nabi, tetapi tidak pernah terjadi. Nabi pernah menyatakan tukang nujum itu bohong, walaupun ada kejadian yang betul tetapi ia hanya kebetulan,” katanya.

Menurutnya, penyebaran e-mel itu adalah perbuatan pihak yang ekstrem atau berniat memesongkan akidah umat Islam.

“Manusia mempunyai akal yang terbatas jangkauannya. Jangkauan manusia ke angkasa lepas masih lagi terbatas. Kemampuan manusia mengetahui bila berlakunya gempa bumi juga terbatas. Hal seperti Tuhan, malaikat, qada dan qadar bagi akal manusia juga terbatas,” katanya.

Harussani berkata, perbuatan mengedar e-mel itu mungkin dibuat pihak tertentu yang berniat memesongkan kepercayaan umat Islam.

“Jika pengarangnya mendakwa ramalan itu berdasarkan sebuah kitab, apakah ia benar kerana kita tidak pernah ditunjukkan kitab itu.

“Apa pun, saya nasihatkan penerima e-mel berkenaan supaya jangan percaya kandungannya, tetapi boleh mengambilnya sebagai iktibar untuk kita bersedia menghadapi hari itu.

“Banyakkan amalan mulai sekarang, ikhlaskan hati ketika beribadah dan baiki perangai kerana semuanya tidak mustahil,” katanya ketika mengulas pengedaran e-mel bertajuk ‘Tahun Gempar 2005’ itu yang meramalkan hari kiamat akan berlaku selepas fenomena gerhana berpasangan pada Oktober.

Ia disebarkan sejak awal tahun lalu menerusi laman web forum tempatan.

Antara kandungan e-mel itu, manusia akan menghadapi konflik besar selepas kematian pemerintah Arab Saudi sekarang.

Sebaik saja kematiannya, manusia akan dikejutkan dengan peristiwa langit yang menakjubkan pada Ramadan yang juga Oktober tahun ini.

Peristiwa langit yang didakwa akan berlaku adalah fenomena gerhana berpasangan pada satu bulan, tahi bintang jatuh di Amerika Syarikat menyebabkan kemusnahan teruk.

Sementara itu, Pensyarah Ilmu Falak Syarie di Institut Agama Islam Negeri Kedah (Insaniah), Abdul Ghani Salleh, berkata fenomena gerhana berpasangan sudah banyak berlaku dalam takwim Islam dan banyak pihak cuba mengambil kesempatan daripada kejadian itu.

“Fenomena gerhana berpasangan iaitu gerhana matahari dan bulan yang berlaku pada satu bulan tiada kaitan dengan petanda akhir zaman. Ini kerana ia sesuatu kejadian semula jadi ditetapkan hukum Allah.

“Kejadian gerhana tidak ada kena-mengena dengan petanda akhir zaman. Apa yang didakwa dalam e-mel itu hanya rekaan kerana ingin menipu umat Islam dengan mengambil kesempatan daripada fenomena gerhana berpasangan,” katanya.

Oleh itu, bagi mengelakkan diri ditipu, teraniaya atau dizalimi golongan yang cuba mengambil kesempatan, umat Islam wajar mengetahui ilmu falak syarie, terutama berkaitan fenomena gerhana berpasangan.

Beliau berkata, pengarangnya mungkin berniat negatif untuk menakutkan umat Islam, misalnya, meramalkan peperangan berlaku pada bulan haji supaya mereka takut ke Makkah.

Abdul Ghani berkata, memang ramai bertanya kepadanya mengenai hal berkenaan, namun mereka yang tidak mendalami ilmu falak syarie mudah salah faham dan terpedaya.

Katanya, berdasarkan hitungan falak tahun ini, ada empat kejadian gerhana tetapi tiada yang berlaku berpasangan pada Ramadan.

“Kejadian gerhana terbaru adalah pada April lalu iaitu gerhana matahari pada 8 haribulan dan gerhana bulan pada 24 haribulan.

“Berikutnya, gerhana matahari pada jam 4 petang, 3 Oktober tetapi tidak kelihatan di Malaysia kerana ia akan melalui Utara Afrika dari Lautan Atlantik seterusnya ke Gibraltar dan Somalia sebelum ia mati di Lautan India, manakala gerhana bulan pada 17 Oktober jam 8 malam tetapi hanya 28 peratus saja boleh dilihat,” katanya.

Beliau berkata, ilmu falak syarie penting kepada umat Islam kerana ia menerangkan mengenai hakikat alam dan kaitannya dengan perlakuan ibadat.

Mendalaminya boleh dianggap satu ibadat kerana ia dapat menimbulkan rasa keinsafan dan mendekatkan diri kepada Allah.

“Namun, apa yang dikesalkan generasi muda sekarang seolah-olah tidak berminat mempelajarinya dan jika ada pun hanya separuh jalan, sedangkan pengkajian dalam ilmu ini membolehkan ibadat solat, puasa dan haji dijalankan dengan sempurna kerana masa yang menjadi syarat sah kepada ibadat berkenaan dapat ditentukan seperti yang dikehendaki,” katanya.


Wah panjng nyer...tapi bace ah....
Back to top Go down
GurL-FriDay
Hyper User!!!
GurL-FriDay


Number of posts : 1055
Localisation : city of angels.
Registration date : 2005-08-13

Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu Empty
PostSubject: Re: Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu   Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu EmptyFri 16 Sep à 21:02

hehe.
cam lam cite harry potter lax.
lol.
yeah kiamat tuh kan kuase tuhan.
tp kan dlm quran pon da ckp tande² die.
so org sme bwat prediction.
manusia kan semakin pandai.
so, ape yg kite tataw sblm ni, kebykan manusia da bwat kajian, and found the answer.
so cam same la ngan bende neyh.
its just a prediction.
but then kite still kene berhati². Wink
Back to top Go down
http://gurl-friday.fotopages.com
-[zaim]-
Super User!!
-[zaim]-


Number of posts : 667
Localisation : hurm...D bumi Allah!
Registration date : 2005-08-10

Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu Empty
PostSubject: Re: Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu   Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu EmptyFri 16 Sep à 21:05

tapi tokleh....caye ah....saper lah orng yg nk mempesongkan umat islam nih...adui
sow...korng iman kene kuat skit....jang mudah terpengaruh huhu
Back to top Go down
GurL-FriDay
Hyper User!!!
GurL-FriDay


Number of posts : 1055
Localisation : city of angels.
Registration date : 2005-08-13

Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu Empty
PostSubject: Re: Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu   Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu EmptyFri 16 Sep à 21:08

normal la.
bile dgr sme org jadi takut.
tp mmg menakutkan pon.
bagus gax bile org bwat camni, sbb menginsafkan org.
Back to top Go down
http://gurl-friday.fotopages.com
-[zaim]-
Super User!!
-[zaim]-


Number of posts : 667
Localisation : hurm...D bumi Allah!
Registration date : 2005-08-10

Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu Empty
PostSubject: Re: Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu   Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu EmptyFri 16 Sep à 21:18

wah...haha...tapi niat diorng nk pesongkan adui..tapi bagos ah jugak tuh....sekarng ramau orng mudahcaye pasal rumours...adui
Back to top Go down
GurL-FriDay
Hyper User!!!
GurL-FriDay


Number of posts : 1055
Localisation : city of angels.
Registration date : 2005-08-13

Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu Empty
PostSubject: Re: Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu   Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu EmptyFri 16 Sep à 21:19

haha.
but seriously, this kinda prediction freaks ppl out, and menginsafkan.
Back to top Go down
http://gurl-friday.fotopages.com
Sponsored content





Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu Empty
PostSubject: Re: Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu   Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu Empty

Back to top Go down
 
Wah prediction kiamat ...tuh tokleh caye huhu
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» huhu
» G Brest gax!!
» TRIP TO NCL!!
» lagu di homepage
» Top poster!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malay Kids In France :: .:All:. :: Free forum-
Jump to: