Malay Kids In France
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malay Kids In France

Untuk Orang Melayu saja!

 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  

 

 pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol

Go down 
+3
Luqman
GurL-FriDay
poOhbear
7 posters
AuthorMessage
poOhbear
Super!! MEmang terer lah orang nie
poOhbear


Number of posts : 457
Localisation : -straight out the land of sinners-
Registration date : 2005-08-10

pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Empty
PostSubject: pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol   pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol EmptyMon 29 Aug à 17:25

pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Kilat
Kilauan petir sekali-sekala menerangi suasana kampung Coh Ulu itu. Awan tebal berkepul-kepul berarak-arakan di langit menutup segala cahaya di langit, menambahkan lagi kegelapan malam itu. Angin kencang menderu-deru menambahkan kebimbangan penduduk kampung. Tidak ada seorangpun penduduk yang masih berada di luar rumah. Kesemua mereka sudahpun berada di dalam rumah, berlindung daripada ancaman ribut yang akan melanda. Hanya sekali-sekala sinaran pelita berkelip-kelip menembusi celah-celah papan dinding rumah melintuk dikuis angin. Seluruh kampung Coh Ulu sunyi sepi bagaikan dilanda geroda.
Dalam kegelapan malam itu bunyi enjin kereta pacuan empat roda meraung membelah kesunyian malam itu. Bagaimanapun tiada siapa yang keluar menjenguk, masing-masing sibuk dengan hal masing-masing ataupun ....? Sebuah kereta jeep kelihatan terhuyung-hayang merendah kegelapan malam, lampu hadapannya menyinari jalan berlopak dengan cahaya lesu yang suram. Ia merentas kampung itu sebelum berhenti di hadapan sebuah rumah yang serdahana besar. Seorang pemuda yang kelihatannya dalam lewat empatpuluhan melompat keluar sambil memegang sebuah lampu suluh berkuasa tinggi dan satu beg galas. Dia merenung ke langit dengan muka yang berkerut sebelum menguncikan keretanya.

Setelah itu dia berjalan ke tangga rumah dengan berhati-hati dengan bantuan cahaya lampunya. Selepas menanggalkan kasut di tangga, dia menjinjing kasutnya dan melangkah menaiki tangga sehingga ke muka pintu. Dengan suara yang kuat dia memanggil "Ada sesiapa di dalam?", agar suaranya dapat didengari, mengatasi bunyi guruh yang sambung-menyambung itu. Sebaik sahaja dia memanggil, terdengar bunyi lantai berkiut dipijak seseorang, tetapi pintu masih belum terbuka. "Pak Astoroth, Ooo Pak Astoroth. Saya ini. Kamat." Dia memanggil sekali lagi dengan suara yang lebih keras sedikit, barulah ada bunyi suara orang menjawab kedengaran.

"Oh engkau Kamat.", bunyi suara orang menjawap. Serentak dengan itu pintu depan dibuka dan seorang lelaki yang separuh umur menjengukkan kepalanya keluar dan segera menjemputnya masuk. Sebaik sahaja dia masuk, dengan segera pintu ditutup dangan cepat dan dikunci. Kamat mengerutkan mukanya sambil meletakkan kasutnya yang lecak ke tepi pintu. Bau kemenyan dibakar tajam mencucuk-cucuk hidungnya."Kenapa ini Pak Astoroth? Panggil saya pulang tergesa-gesa begini? Macam orang takut sahaja? Ada berita baik ke?"

Pak Astoroth hanya tersengih-sengih "Tidak ada apa-apa, tidak ada apa-apa. Nantilah aku beritahu . Duduklah dahulu. Engkau akan lama berada di sini?"

Kamat tersengih sebelum duduk bersila di tempat yang ditunjukkan. "Saya perlu balik segera ke bandar nanti. Ada urusan yang belum selesai. Bagaimana Pak Astoroth? Dapat ke barang yang saya minta itu? Kalau betul, saya akan berikan berapa sahaja Pak Astoroth mahu."

"Bagus-bagus", jawab orang tua itu sambil terbatuk-batuk kecil. Dia mencapai dian di tengah bilik lalu masuk ke dalam suatu bilik kecil yang tertutup rapi. "Payah juga aku mendapatkannya. Tetapi sekarang aku sudah dapat...." ujarnya. Kamat terpaksa menurut sahaja kerana hanya cahaya dian itu menjadi penerang rumah itu. Dia memasuki bilik kecil itu dengan hati yang berdebar-debar. Impiannya akan terlaksana. Akan puaslah hatinya apabila apa yang diimpikan olehnya tercapai nanti.

Orang tua itu duduk bersila di tepi dinding bilik mengadap satu bungkusan kain hitam yang terletak di dalam talam di tengah-tengah bilik. Kamat terpaku, matanya tertumpu kepada bungkusan itu. "Itulah yang engkau inginkan." suara garau lelaki tua itu memecahkan angan-angannya. Kamat tersentak. "Aku mahukan dua puluh ribu untuknya." Kamat pura-pura tersentak, "Apa, Pak Astoroth gilakah meminta wang sebanyak itu daripada saya." dia bertanya.

Pak Astoroth hanya tersenyum, "Aku sendiri yang memotongnya untuk engkau. Aku sendiri yang memujanya selama sebulan ini untuk engkau. Sekarang sudah patut engkau membayar aku wang sebanyak itu. Atau engkau mahu melakukannya sendiri?"

"Bagaimana saya tahu ia benar-benar berhasil. Bagaimana jikalau Pak Astoroth membohongi saya." tanya Kamat ragu-ragu.

"Jangan bimbang. Apa yang engkau inginkan sudah berada di hadapan kamu. Tidak mungkin aku membohongi kamu." kata orang tua itu sambil menambah kemenyan ke dalam dupa di hadapannya.

"Baiklah" kata Kamat, nekad. "Ajarkanlah saya kuncinya, dan saya akan berikan wang sebanyak yang Pak Astoroth minta."

Orang tua itu tersenyum girang. Segera dia membuka bungkusan kain hitam itu. Bau busuk menerpa ke hidung Kamat, tetapi dia tidak menghiraukannya. Matanya terpaku kepada benda yang terletak di dalam talam itu. Berderau darah ke mukanya apabila dia menyedari benda itu. "Apa ini! Pak Astoroth!" pekiknya.

Orang tua itu hanya tertawa. "Yang engkau mahukan... pastinya engkau dapat. Sekarang sudah terlewat untuk engkau berundur. Duduklah! Akan aku ajarkan cara menyerunya."

Kamat terduduk lemah. Benda yang kecut di dalam talam itu mengejutkannya. Dia tertunduk lemah. Orang tua itu tidak menghiraukan keadaan Kamat. Dia terus mengajar petua-petuanya. Tidak lama kemudian barulah Kamat dapat mulai membetulkan tubuhnya dan mula menghafal ayat-ayat yang diajari itu.

Sebentar kemudian orang tua itu membungkuskan semula bungkusan kain di dalam talam itu. "Sekarang ia akan turut pada perintah kamu." katanya. "Mana wang aku. Jangan cuba menipu aku. Katanya keras. "Rumah ini sudah aku pagarkan, dan tidak mungkin apa-apa dapat menembusinya. Haa... Haa... Haa..."

Kamat membuka beg galasnya dengan longai. Dia mengeluarkan beberapa berkas wang tunai dan menghulurkannya kepada orang tua itu yang tertawa kegirangan. Kamat terus mencapai bungkusan itu dan keluar tanpa menghiraukan orang tua itu yang terpinga-pinga apabila diberikan wang yang lebih daripada yang dimintanya. Tetapi hanya seketika. Bunyi ketawa memecah keheningan malam. Kamat tidak mempedulikannya. Dia terus menerpa keluar ke keretanya tanpa menghiraukan air hujan yang jatuh menimpa tubuhnya.

Di dalam kereta, dia terduduk lesu. Sejenak itu, dia mengeluarkan bungkusan kain hitam itu dan meletakkannya berhati-hati ke tempat duduk di sebelahnya. Dia membuka bungkusan itu dan mula mengamalkan petua yang dipelajarinya dengan berhati-hati. Dia tidak mahu tersilap, kerana jika tersilap nahas jadinya.

Sementara itu orang tua itu segera menguncikan pintu rumahnya. Duit yang berkepal itu di pegangnya dengan girang. "Haa... Haa.. Haa.." Dia merasa begitu gembira. Dia akan pindah besok agar tidak ada sesiapa pun dapat mencarinya walaupun Kamat. Terutamanya Kamat. Siapa tahu kalau-kalau....

Tidak beberapa lama dia mendengar suara orang memanggilnya, sayup-sayup di sebalik bunyi guruh. Berhati-hati dia membuka pintu rumahnya. Dia dapat melihat Kamat duduk mencangkung di tepi roda keretanya. "Tolong saya Pak Astoroth. Kereta saya pancit. Bolehkah Pak Astoroth tolong pegang lampu suluh ini sementara saya tukarkannya."

Dia teragak-agak. Air muka Kamat berubah seolah-olah bimbang. "Saya akan berikan Pak Astoroth wang jika Pak Astoroth bantu saya."

Hati orang tua itu berbelah-bagi. Wangnya sudah banyak tetapi .... sedikit lagi.... hanya dengan memegang lampu suluh. Pemuda itu begitu pemurah ,memberikannya wang lebih daripada yang dimintanya tadi. Sekarang, sekiranya dia membantu......

"Baiklah", katanya sambil melangkah turun. Kamat menghulurkan lampu suluh itu kepada orang tua itu sambil berjalan ke belakang kereta untuk mengambil roda pengganti. Pak Astoroth menyuluh roda kereta Kamat. Dia tidak nampak apa-apa yang silap dengan roda itu. "Kamat, betulkah engkau ini. Roda ini baik sahaja aku lihat." katanya sambil menyuluh ke arah roda itu.

Satu bayangan melintas di atas kepalanya lalu hinggap ke atas pokok durian yang berhampiran. Secara tiba-tiba sahaja bulu romanya berasa tegak. Segera dia menyuluh sekitar kawasan itu. "Kamat, Kamat, di mana engkau. Jangan engkau bergurau dengan aku. Nanti engkau menyesal."

"Percayalah Pak Astoroth, saya tidak akan menyesal" suara Kamat keras menerjah ke lubang telinganya. "Kampung ini adalah kampung asal saya. Pak Astoroth mungkin tidak tahu kerana Pak Astoroth baru berpindah ke sini."

Orang tua itu terpinga-pinga. Memang benar dia baru berpindah ke kampung itu setahun lalu. Tetapi sememangnya dia selalu berpindah-randah kerana tidak mahu orang mengetahui tentang pekerjaannya itu. "Jadi, kenapa dengan itu." tanyanya garang. "Engkau jangan lupa aku ada pendindingnya." tambahnya lagi.

Kamat tertawa berdekah-dekah. "Benar. Pak Astoroth memagar rumah Pak Astoroth. Tetapi sekarang Pak Astoroth bukan berada di dalam rumah.... Pak Astoroth berada bersama saya di tanah."

Orang tua itu tersentak mendengarkannya. "Jadi sekarang engkau mahu wang engkau kembali. Begitu?" soalnya kembali.

"Oh.. tidak... tidak sama sekali. Wang itu sememangnya saya ingin berikan kepada Pak Astoroth. Sememangnya Pak Astoroth handal. Ia betul-betul berkesan." kata Kamat keras.

"Nah! ambil duit engkau ini kembali." unjuk orang tua itu ke arah Kamat. "Ambillah... Ambillah... Kalau engkau tidak mahukan duit ini kenapa engkau buat aku begini?"

Kamat melangkah dari kegelapan malam itu ke dalam pancaran lampu suluh orang tua itu. "Ini adalah kerana kepala manusia yang engkau penggal itu adalah kepala ibu kandungku, mengerti?" pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Ghost
"Tolonglah, aku tidak tahu hal itu. Jangan.. Jangan.." rayu orang tua itu terketar-ketar.

Kamat hanya mendiamkan dirinya. Dia hanya menganggukkan kepalanya dan seketika itu juga satu lembaga terbang dari pokok berhampiran ke arah orang tua itu sambil tertawa mengilai-hilai.

"JANGAN! JANGAN! JANGAnnnnn......" pekik orang tua itu sambil berusaha melawan lembaga yang mengomolnya. Lampu suluh yang dipegangnya itu tercampak ke arah Kamat. Dia dapat merasakan jari-jemari lembaga yang panjang itu memberkas tubuhnya sehinggakan dia tidak berdaya untuk meronta lagi. Muka lembaga itu yang hodoh disuakan hampir ke mukanya, menampakkan sepasang taring putih panjang yang berkilat. Dia terkaku, tahu akan apa yang akan berlaku sebentar lagi. Mulut lembaga itu ternganga luas.

Tiba-tiba orang tua itu seperti mendapat satu tenaga baru. Dia mulai meronta-ronta keras. "Tolong..., tolong.... Aku tidak mahu mati... Aku tidak mahu mati..." dia meraung. Bunyi petir berdetum secara tiba-tiba menenggelami suaranya itu.

Kamat berdiri diam sahaja melihatkan lembaga itu menggomol orang tua itu. Duit yang bertaburan di tanah tidak dihiraukannya. Bunyi raungan orang tua itu terus bergema dalam kegelapan malam disambut oleh bunyi petir yang berdentum-detam. Lembaga itu terus mengomol orang tua itu yang terus meraung kesakitan, tetapi Kamat hanya membiarkan ia sahaja sehinggakan sebentar kemudian raungannya beransur sepi dalam kegelapan malam itu.... Tidak lama kemudian, secara mengejut kepala orang tua itu tercabut daripada tubuhnya lalu terpelanting jauh ke udara. Setelah itu barulah lembaga itu kemudiannya terbang sambil mengilai-gilai lalu ghaib di dalam kegelapan malam itu.

Kamat tunduk untuk mengambil lampu suluh kepunyaannya yang terjatuh berhampiran dengan kakinya dan melangkah longlai ke dalam keretanya sebelum beredar dari situ. "Maafkan saya mak... Bukan ini yang saya inginkan." bisiknya sambil menutup bungkusan disebelahnya sambil mengesat air matanya yang mengalir deras. " Kematian mak sudah saya balas......" pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Kepalatercabut- TAMAT -
Back to top Go down
poOhbear
Super!! MEmang terer lah orang nie
poOhbear


Number of posts : 457
Localisation : -straight out the land of sinners-
Registration date : 2005-08-10

pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Empty
PostSubject: Re: pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol   pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol EmptyMon 29 Aug à 17:26

haha siap ader effect tuh hehe sorrylah klo panjang mls nak edit k enjoyyy!
Back to top Go down
GurL-FriDay
Hyper User!!!
GurL-FriDay


Number of posts : 1055
Localisation : city of angels.
Registration date : 2005-08-13

pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Empty
PostSubject: Re: pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol   pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol EmptyMon 29 Aug à 17:50

lol.
panjang gilew!!
hehehe.
tak faham senanye.
apsal ngan kepale mak die?
i mean wut does he needs that for?
Back to top Go down
http://gurl-friday.fotopages.com
poOhbear
Super!! MEmang terer lah orang nie
poOhbear


Number of posts : 457
Localisation : -straight out the land of sinners-
Registration date : 2005-08-10

pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Empty
PostSubject: Re: pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol   pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol EmptyMon 29 Aug à 19:28

ahaxxx point faible tak brape fhm gak :p
Back to top Go down
Luqman
Rang: Administrateur
Luqman


Number of posts : 1712
Age : 31
Localisation : Ikut suka hati aku lah
Registration date : 2005-08-10

pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Empty
PostSubject: Re: pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol   pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol EmptyMon 29 Aug à 20:00

Baca lain kali jerlah sebab Panjang sangat! Tapi nice Effect too!
Back to top Go down
http://malaydifrance.forumactif.com
GurL-FriDay
Hyper User!!!
GurL-FriDay


Number of posts : 1055
Localisation : city of angels.
Registration date : 2005-08-13

pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Empty
PostSubject: Re: pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol   pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol EmptyMon 29 Aug à 21:26

lol.
tuh laaa.
tak faham cite neyh.
tapi takut sbb maen potong pale laa!!
Back to top Go down
http://gurl-friday.fotopages.com
Luqman
Rang: Administrateur
Luqman


Number of posts : 1712
Age : 31
Localisation : Ikut suka hati aku lah
Registration date : 2005-08-10

pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Empty
PostSubject: Re: pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol   pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol EmptyMon 29 Aug à 21:42

Cerita nie pasal Vengeance rupa nyer Exclamation
Back to top Go down
http://malaydifrance.forumactif.com
GurL-FriDay
Hyper User!!!
GurL-FriDay


Number of posts : 1055
Localisation : city of angels.
Registration date : 2005-08-13

pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Empty
PostSubject: Re: pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol   pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol EmptyMon 29 Aug à 22:14

hehe.
tuh la pasal.
ape la yg die nak bwat ngan pale org..
Back to top Go down
http://gurl-friday.fotopages.com
ieQa_iQ
Super User!!
ieQa_iQ


Number of posts : 554
Age : 33
Localisation : .K.E.N.T.
Registration date : 2005-08-14

pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Empty
PostSubject: Re: pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol   pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol EmptyTue 30 Aug à 14:08

tuh ahh psal..
gwe gak phm.adoi jexx. lol
Back to top Go down
Luqman
Rang: Administrateur
Luqman


Number of posts : 1712
Age : 31
Localisation : Ikut suka hati aku lah
Registration date : 2005-08-10

pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Empty
PostSubject: Re: pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol   pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol EmptyTue 30 Aug à 17:24

Tanam kepala orang tulah apa lagi! Tak kan kah dia nak makan kepala orang tu!!
Back to top Go down
http://malaydifrance.forumactif.com
ieQa_iQ
Super User!!
ieQa_iQ


Number of posts : 554
Age : 33
Localisation : .K.E.N.T.
Registration date : 2005-08-14

pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Empty
PostSubject: Re: pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol   pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol EmptyTue 30 Aug à 23:07

haha.mane ahh tau.
kalo die nak mkn keR.
& then bwat pe die penggal, kalo die nak tanam jexX???
Back to top Go down
Luqman
Rang: Administrateur
Luqman


Number of posts : 1712
Age : 31
Localisation : Ikut suka hati aku lah
Registration date : 2005-08-10

pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Empty
PostSubject: Re: pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol   pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol EmptyTue 30 Aug à 23:33

Mungkin!!!
Back to top Go down
http://malaydifrance.forumactif.com
ieQa_iQ
Super User!!
ieQa_iQ


Number of posts : 554
Age : 33
Localisation : .K.E.N.T.
Registration date : 2005-08-14

pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Empty
PostSubject: Re: pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol   pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol EmptyWed 31 Aug à 7:55

erkkk??? What the fuck ?!?
Back to top Go down
GurL-FriDay
Hyper User!!!
GurL-FriDay


Number of posts : 1055
Localisation : city of angels.
Registration date : 2005-08-13

pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Empty
PostSubject: Re: pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol   pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol EmptyWed 31 Aug à 12:45

eeewwwness!!
Back to top Go down
http://gurl-friday.fotopages.com
lUzsTaR_hiTcHie
Hyper User!!!
lUzsTaR_hiTcHie


Number of posts : 1153
Localisation : beach of bitches n sumtime bilik awek korg.
Registration date : 2005-08-14

pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Empty
PostSubject: Re: pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol   pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol EmptyWed 31 Aug à 16:35

aku bace first paragraphe jerk..laen kali ko letak action dier jerk..takyah introduction..penat aku bace..
Back to top Go down
ieQa_iQ
Super User!!
ieQa_iQ


Number of posts : 554
Age : 33
Localisation : .K.E.N.T.
Registration date : 2005-08-14

pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Empty
PostSubject: Re: pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol   pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol EmptyThu 1 Sep à 6:24

tepapeww jexxx abg cik neyh!
Back to top Go down
lUzsTaR_hiTcHie
Hyper User!!!
lUzsTaR_hiTcHie


Number of posts : 1153
Localisation : beach of bitches n sumtime bilik awek korg.
Registration date : 2005-08-14

pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Empty
PostSubject: Re: pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol   pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol EmptyThu 1 Sep à 10:22

btol ler..mate aku dah separuh julin dah nih..
Back to top Go down
~arabella grace gracia~
Super!! MEmang terer lah orang nie



Number of posts : 252
Registration date : 2005-09-17

pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Empty
PostSubject: Re: pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol   pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol EmptyFri 30 Sep à 10:54

alamak aii..

apee effectt die??

hehehe..

tak pe la..

yg bella pahamm..

ape yg si kamat tuh nak... same la.. nakkan kepala orang / pontianak or maybe jembalang.. nak suh jembalang tuh ikut ckp die...tp tok bomoh tuh terslh potong lakk..

huhu

MORAL >>> jgn percayaka bomoh... jgn sesekali!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Back to top Go down
risha_qistina
Super!! MEmang terer lah orang nie
risha_qistina


Number of posts : 393
Localisation : Kuala Lumpur
Registration date : 2005-09-12

pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Empty
PostSubject: Re: pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol   pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol EmptySat 1 Oct à 23:59

hahaha...erm risha dah bace...erm tp x fhm sangat...panjang giloz citer nih....
Back to top Go down
http://rishaqistina.blogdrive.com
Sponsored content





pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Empty
PostSubject: Re: pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol   pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol Empty

Back to top Go down
 
pencekik darah !!(sape penakut baik jgn bace ;) )lol
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malay Kids In France :: .:All:. :: Cerita Hantu!-
Jump to: