Malay Kids In France
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malay Kids In France

Untuk Orang Melayu saja!

 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  

 

 Bakteria MRSA punca kematian 123 pesakit di hospital

Go down 
AuthorMessage
~Nina~
Super!! MEmang terer lah orang nie
~Nina~


Number of posts : 406
Localisation : mane ekk?...ntah..lupe ahh..
Registration date : 2005-08-10

Bakteria MRSA punca kematian 123 pesakit di hospital Empty
PostSubject: Bakteria MRSA punca kematian 123 pesakit di hospital   Bakteria MRSA punca kematian 123 pesakit di hospital EmptyThu 18 Aug à 11:16

Sejenis bakteria didapati menjadi penyebab kematian 123 pesakit di beberapa hospital di Victoria dan kini telah menjangkiti lebih 1,600 orang setakat ini.

Bakteria methicillin resistant staphylococcus aureus (MRSA) sejenis golden staphylococcus biasanya ditemui di hospital dan kini ia mampu melawan ubat-ubatan yang sedia ada.

Data yang dilihat oleh akhbar Herald Sun mendedahkan bahawa bakteria itu telah dikesan di lebih 30 buah hospital.

Pengarah Unit Penyakit Berjangkit Hospital Austin, Profesor Lindsay Grayson berkata, kebanyakan hospital tidak mahu mengaku mereka mempunyai masalah berkenaan.

``Semua orang tahu ia adalah satu masalah tetapi mereka enggan melakukan pendedahan mengenainya,'' katanya.

Bakteria itu tersebar melalui sentuhan antara penghidap dengan pekerja hospital yang tidak membasuh tangan mereka dengan bersih.

MRSA akan melemahkan sistem ketahanan badan pesakit yang menghidapi kanser, buah pinggang atau penyakit lain secara mendadak.

Data yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Manusia menunjukkan antara Jun 2004 dan Mei 2005, 1,654 orang telah dijangkiti MRSA termasuk 123 orang meninggal dunia.

Bagaimanapun, tiada satu data pusat diperoleh berhubung pengesanan MRSA atau bakteria lain di hospital-hospital berkenaan. - Agensi
Back to top Go down
 
Bakteria MRSA punca kematian 123 pesakit di hospital
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Hospital mampu tangani penyakit akibat Jerebu!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malay Kids In France :: .:All:. :: World News-
Jump to: