Malay Kids In France

Untuk Orang Melayu saja!

 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log in  

Share | 
 

 Bapa Khir Toyo Meninggal

Go down 
AuthorMessage
~Nina~
Super!! MEmang terer lah orang nie
avatar

Number of posts : 406
Localisation : mane ekk?...ntah..lupe ahh..
Registration date : 2005-08-10

PostSubject: Bapa Khir Toyo Meninggal   Thu 18 Aug Ó 11:14

Bapa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, Joyo Erodikromo, meninggal dunia hari ini pada usia 105 tahun kerana sakit tua.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.30 petang di rumahnya di Jalan Tali Air 2, Ban 4, Sungai Burung di sini
.

Beliau meninggalkan seorang balu, Siti Aminah Mohd. Taib, 68, dan sembilan orang anak iaitu lima lelaki dan empat perempuan.

Mohamad Khir, yang akan genap lima tahun sebagai Menteri Besar Selangor esok, merupakan anak kelima.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12, Sungai Burung selepas waktu Asar hari ini.

Sementara itu, Siti Aminah ketika ditemui berkata, suaminya meninggal dunia ketika tidur di sisinya.

``Pada mulanya, dia mengadu sakit dan meminta izin untuk tidur. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu dia meninggal dunia,'' katanya.

Katanya, Allahyarham baru kembali ke rumah kira-kira seminggu lalu selepas mendapat rawatan selama 35 hari di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

Menurutnya, sebelum menghembuskan nafas terakhir, suaminya kelihatan gembira termasuk bertanyakan khabar anak-anak.

``Allahyarham juga masih ingat ulang tahun Mohamad Khir sebagai Menteri Besar esok,'' katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Khir kelihatan tenang sepanjang upacara pengkebumian dijalankan walaupun sesekali dilihat menitiskan air mata.
Back to top Go down
View user profile
 
Bapa Khir Toyo Meninggal
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malay Kids In France :: .:All:. :: World News-
Jump to: