Malay Kids In France

Untuk Orang Melayu saja!

 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log in  

Share | 
 

 Hujan legakan orang ramai

Go down 
AuthorMessage
~Nina~
Super!! MEmang terer lah orang nie
avatar

Number of posts : 406
Localisation : mane ekk?...ntah..lupe ahh..
Registration date : 2005-08-10

PostSubject: Hujan legakan orang ramai   Thu 18 Aug Ó 11:11

Orang ramai hari ini terus menarik nafas lega dan bersyukur apabila hujan lebat yang turun melanda beberapa tempat di seluruh negara turut menyejukkan muka bumi daripada bahang panas dan jerebu.

Walaupun difahamkan negara belum bebas sepenuhnya daripada jerebu, hujan lebat itu membantu membersihkan kualiti udara di seluruh negara yang teruk dilanda jerebu minggu lepas.

Keadaan berkabus di ibu negara hari ini pula bukan berpunca daripada jerebu tetapi ia adalah disebabkan kewujudan wap air yang banyak.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Rosnani Ibarahim, kualiti udara tidak perlu dibimbangkan kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua tempat di negara ini menunjukkan bacaan yang baik.

``Keadaan hari ini bukan jerebu tetapi ia disebabkan oleh wap air,'' katanya ketika ditemui pemberita pada sidang akhbar di kediaman Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Adenan Satem di sini hari ini.

Kualiti udara di seluruh negara hari ini semakin bertambah baik apabila IPU mencatatkan kategori baik dan sederhana, iaitu antara 40 hingga 80.

Hujan lebat selama dua jam mulai pukul 5 petang hari ini terus membantu memulihkan keadaan jerebu.

Hujan itu juga bagaikan rahmat kepada warga kota yang sentiasa mengharapkan keadaan cuaca yang panas dan kering berubah dengan segera.

Di KUCHING, hujan lebat selama dua jam sejak pukul 6 pagi dianggap sesuatu yang luar biasa.

Ini kerana kebiasaannya, Sarawak mengalami musim kemarau pada setiap Ogos.

Hujan lebat selama kira-kira 30 minit pada sebelah petang terus melegakan orang ramai yang khuatir jerebu melanda semenanjung sebelum ini, `berpindah' ke Sarawak.

Di KOTA KINABALU, keadaan jerebu yang melanda beberapa daerah di negeri ini sejak beberapa hari lalu kian menunjukkan tanda-tanda semakin pulih selepas hujan lebat petang ini.

Kebanyakan tempat di negeri ini terutama di pantai barat Sabah, turut dilanda hujan lebat selama sejam mulai pukul 5 petang.

Sebelum ini, empat daerah di negeri ini mengalami jerebu ekoran tiupan angin monsun barat daya dari arah Sarawak dan Kalimantan yang membawa jerebu.

Di JOHOR BAHRU, hujan lebat selama sejam mulai pukul 3.30 petang, mengurangkan masalah jerebu termasuk di tapak pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan di Teluk Danga di sini.

Ia turut membantu memulihkan bacaan IPU apabila Johor Bahru mencatatkan 66, Muar (57), Larkin (44) dan Pasir Gudang (39).

Di IPOH, jerebu di Perak juga hampir pulih sepenuhnya berikutan hujan lebat di beberapa kawasan di negeri ini.

Jurucakap Jabatan Kaji Cuaca Perak ketika dihubungi memberitahu, cuaca di negeri ini pada sebelah pagi dan tengah hari berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, keadaan itu bertukar pada sebelah petang apabila beberapa kawasan mengalami hujan lebat dan ribut petir.

``Beberapa tempat di bahagian selatan Perak mengalami hujan lebat hampir sejam bermula kira-kira pukul 6 petang. Keadaan itu menyebabkan jerebu yang melanda negeri ini semakin pulih,'' katanya.
Back to top Go down
View user profile
 
Hujan legakan orang ramai
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malay Kids In France :: .:All:. :: World News-
Jump to: