Malay Kids In France

Untuk Orang Melayu saja!

 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log in  

Share | 
 

 Lelaki maut nahas treler disaksi anak, isteri sendiri

Go down 
AuthorMessage
~Nina~
Super!! MEmang terer lah orang nie
avatar

Number of posts : 406
Localisation : mane ekk?...ntah..lupe ahh..
Registration date : 2005-08-10

PostSubject: Lelaki maut nahas treler disaksi anak, isteri sendiri   Thu 18 Aug Ó 11:08

Hati mana yang tidak sebak melihat seorang anak yang comel dalam perjalanan ke sekolah terkaku, keliru dan menangis melihat ayah kesayangannya mati dilanggar sebuah treler.

Kejadian berlaku apabila Md. Alif Nasri, 9, dan ibunya seorang guru, Azaniah Hashim, 43, menyaksikan ayah dan suami mereka, Mat Radzi Awang, 43, terperosok di bawah lori di Batu Lima, Jalan Kuala Kangsar dekat sini, hari ini.

Mereka pada masa itu kebetulan melalui tempat kejadian untuk ke Sekolah Kebangsaan Matang dekat sini.

Mangsa, seorang penyelia Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru dua hari bertugas di Ipoh setelah bertukar dari sini.

Dalam kejadian pukul 6.50 pagi itu, motosikal yang dinaiki mangsa dipercayai berlanggar dengan lori itu yang sedang bergerak dari arah yang sama menyebabkan mangsa terperosok di bawah lori.

Menurut polis, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya lewat petang ini.

Pemandu lori itu membuat laporan polis mengenai kemalangan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.
Back to top Go down
View user profile
lUzsTaR_hiTcHie
Hyper User!!!
avatar

Number of posts : 1153
Localisation : beach of bitches n sumtime bilik awek korg.
Registration date : 2005-08-14

PostSubject: Re: Lelaki maut nahas treler disaksi anak, isteri sendiri   Thu 18 Aug Ó 11:10

adeh..sedih aku bace berite nih..waaaaaa!!!!!!!!

_________________
Back to top Go down
View user profile
 
Lelaki maut nahas treler disaksi anak, isteri sendiri
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malay Kids In France :: .:All:. :: World News-
Jump to: