Malay Kids In France

Untuk Orang Melayu saja!

 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log in  

Share | 
 

 Jerebu belum berakhir -- Operasi besar-besaran padam kebakar

Go down 
AuthorMessage
~Nina~
Super!! MEmang terer lah orang nie
avatar

Number of posts : 406
Localisation : mane ekk?...ntah..lupe ahh..
Registration date : 2005-08-10

PostSubject: Jerebu belum berakhir -- Operasi besar-besaran padam kebakar   Thu 18 Aug Ó 11:06

Malaysia belum selamat daripada ancaman jerebu kerana operasi besar-besaran memadamkan kebakaran hutan di sini yang menjadi punca masalah besar kepada Malaysia, menghadapi misi sukar dan amat memeritkan.

Wartawan Utusan Malaysia yang turut berada bersama-sama Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) memulakan misi hari ini, menyaksikan kebakaran itu terlalu marak dan sukar dipadamkan.

Tiga anggota bomba setakat ini telah demam dan terpaksa menjalani rawatan.

Jerebu tebal itu menyesakkan dada dan memedihkan mata.

Rokan Hilir boleh diibaratkan umpama padang hangus yang dipenuhi dengan tunggul-tunggul kayu yang masih berasap.

Menyulitkan lagi keadaan ialah kawasan yang terbakar itu luas, kira-kira 600 hektar (kira-kira sebesar Kampung Baru, Kuala Lumpur). Kawasan tersebut merupakan tanah gambut yang menyebabkan api kebakaran tidak mudah dipadamkan.

``Kita boleh padamkan api di atas permukaan tanah, tetapi sebenarnya bara api masih berada di dalam tanah.

``Ia boleh kembali mencetuskan api jika tidak dipadamkan sepenuhnya,'' kata Komandan Biro Keselamatan Negara Malaysia, Ogu Salim Omar setiba di tempat kebakaran.

Beliau dihantar ke Riau bagi mengetuai pasukan bomba dan Smart untuk membantu kerajaan Indonesia memadamkan kebakaran hutan.

Pembakaran hutan terbuka dan di luar kawalan itu menyaksikan Malaysia sekali lagi dilanda jerebu teruk. Kali terakhir ialah pada September 1997 menyebabkan Kuching, Sarawak diisytiharkan darurat jerebu.

Suasana di sini memberi isyarat bahawa masalah jerebu di Malaysia masih belum berakhir.

Kebakaran hutan di Rokan Hilir adalah penyumbang utama kepada jerebu ke Malaysia sehingga memaksa kerajaan mengumumkan darurat di Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor.

Pasukan Malaysia yang terdiri daripada 125 anggota diberi tanggungjawab oleh kerajaan Indonesia bersama-sama dengan pasukan bomba negara itu.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan Rokan Hilir mendapati kadar penglihatan di situ kurang daripada 20 meter.

Rokan Hilir terletak kira-kira 280 kilometer dari Pekan Baru iaitu salah satu bandar terbesar di Sumatera.

Sumber ekonomi utamanya ialah kelapa sawit dan getah.

Untuk sampai ke kawasan tersebut perlu melalui jalan darat selama enam jam dari Pekan Baru.

Ketika ditemui di tempat kebakaran, Ogu Salim berkata, kerja-kerja memadamkan kebakaran bermula hari ini setelah pasukan itu tiba di Pekan Baru dua hari lalu untuk memberi bantuan atas dasar hubungan baik sesama jiran dan di dalam ASEAN.

``Sebenarnya semalam kita telah mula bertugas tetapi lebih kepada kerja-kerja tinjauan dan laluan ke kawasan yang perlu dipadamkan,'' katanya.

Pasukan Bomba dan Smart dibahagikan kepada empat kumpulan kecil bersama peralatan memadam kebakaran dan menggunakan teknik menghasilkan kolam-kolam takungan kecil untuk membekalkan air ke kawasan kebakaran yang jauh terutamanya di pinggir-pinggir hutan.

Menurut Ogu Salim, sumber air untuk memadamkan kebakaran tidak menjadi masalah kerana banyak terdapat tali air di sepanjang laluan 30 kilometer itu.

Malah kata beliau, kerajaan Indonesia melalui bomba mereka turut membantu pasukan dari Malaysia di dalam memadamkan kebakaran di wilayah Riau itu.


Sementara itu di KUALA LUMPUR, HABIBAH OMAR melaporkan, Jabatan Meteorologi turut mengesahkan bahawa Malaysia belum bebas daripada ancaman jerebu selagi keseluruhan kebakaran hutan di Sumatera belum dapat dipadamkan sepenuhnya.

Penolong Pengarahnya, Mahathir Abas berkata, dengan 32 titik panas dikesan di Sumatera, maka bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) hanya berada pada paras normal dan bukan bebas sepenuhnya.
Back to top Go down
View user profile
 
Jerebu belum berakhir -- Operasi besar-besaran padam kebakar
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malay Kids In France :: .:All:. :: World News-
Jump to: