Malay Kids In France

Untuk Orang Melayu saja!

 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log in  

Share | 
 

 Siti tertekan digosip dengan ‘Datuk K’

Go down 
AuthorMessage
~Nina~
Super!! MEmang terer lah orang nie
avatar

Number of posts : 406
Localisation : mane ekk?...ntah..lupe ahh..
Registration date : 2005-08-10

PostSubject: Siti tertekan digosip dengan ‘Datuk K’   Thu 18 Aug à 11:01

JOHOR BAHRU: “Cukuplah! Jangan lagi kaitkan diri Siti dengan semua ini. Perkara ini akan memberi kesan buruk kepada diri Siti sendiri," kata penyanyi, Siti Nurhaliza Tarudin mengulas gosip hangat terbaru mengenai hubungannya dengan usahawan dikenali sebagai ‘Datuk K’.


Siti, yang memecahkan kebisuannya sejak gosip itu bertiup kencang bulan lalu berharap orang luar berhenti membuat spekulasi berhubung persahabatannya dengan mana-mana lelaki yang pernah bekerja dengannya.

Beliau mengaku tertekan dan kadang-kala bosan, malah tumpuannya terhadap nyanyian terganggu angkara gosip liar mengenai hubungannya dengan beberapa lelaki sejak awal pembabitannya dalam bidang seni.

“Siti tidak mahu lagi situasi ini mengganggu tumpuan Siti terhadap karier seni kerana banyak kerja yang perlu dibereskan. Malah, saya belum bersedia memikirkan soal jodoh pada masa ini.

“Siti harap peminat yang membaca gosip cinta Siti dapat memahami situasi ini. Siti banyak kerja, kalau benda macam ini sering berlaku, tidak seronoklah. Ia akan menjejaskan mutu kerja Siti,” katanya ketika ditemui di jamuan bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri, Datuk Halimah Mohamed Sadique, di sini semalam.

Penyanyi berusia 26 tahun itu bagaimanapun menafikan beliau melarikan diri ketika gosip itu hangat diperkatakan.

“Siti bukan mengambil langkah berdiam diri tapi jadual kerja Siti yang sentiasa sibuk dan perlu berurusan di luar negara menyebabkan Siti tidak berpeluang untuk memberi penjelasan mengenai hal ini.

“Tidak sangka apabila Siti diam, orang ramai mula membuat tanggapan yang tidak baik. Apabila sudah terlalu diperkatakan, Siti rasa lebih baik berdiam diri saja,” katanya tenang.

Beliau bagaimanapun berjanji tidak akan berahsia, malah bersedia mengumumkan perkahwinannya kepada umum apabila menemui jodohnya nanti.

“Mengelak peminat dan media mengenai perkahwinan tidak ada dalam diri Siti. Bagi Siti perkahwinan adalah sesuatu yang baik. Kalau bertemu jodoh akan Siti umumkan” katanya.
Back to top Go down
View user profile
 
Siti tertekan digosip dengan ‘Datuk K’
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malay Kids In France :: .:All:. :: World News-
Jump to: