Malay Kids In France

Untuk Orang Melayu saja!

 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log in  

Share | 
 

 Perak pantau lapan ajaran sesat masih aktif

Go down 
AuthorMessage
~Nina~
Super!! MEmang terer lah orang nie
avatar

Number of posts : 406
Localisation : mane ekk?...ntah..lupe ahh..
Registration date : 2005-08-10

PostSubject: Perak pantau lapan ajaran sesat masih aktif   Thu 18 Aug Ó 10:55

Ajaran sesat itu dikesan di daerah Pengkalan Hulu, Kuala Kangsar, Kampung Gajah, Slim River dan Kampar



IPOH: Lapan ajaran sesat termasuk Ayah Pin dan al-Arqam dikenal pasti aktif di beberapa daerah dan kawasan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, berkata ajaran sesat lain yang dikesan ialah Islam Jameah, Hakikat Hassan Jonit, ajaran Tok Ayah serta kumpulan tarikat yang menyeleweng, golongan antihadis dan syiah.

"Memang wujud ajaran sesat di Perak dan dikesan di daerah Pengkalan Hulu, Kuala Kangsar, Kampung Gajah, Slim River dan Kampar.

"Kegiatan Ayah Pin di Besut, Terengganu mempunyai rangkaiannya di Perak terutama di Changkat Baru, Malim Nawar," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab serentak tiga soalan dikemukakan Datuk Shamsudin Abu Hassan (BN-Ayer Kuning), Rosli Husin (BN-Trong) dan Abd Muhaimin Abd Rahman Nazri (BN-Gunung Semanggol), yang menyentuh isu ajaran sesat.

Tajol Rosli berkata, kerajaan negeri melaksanakan beberapa langkah mengatasi masalah itu termasuk memantau tempat dan amalan yang menimbulkan tanda tanya kepada masyarakat setempat sebelum mengambil tindakan lanjut.

Katanya, beliau sendiri mempengerusikan Mesyuarat Keselamatan Negeri setiap empat bulan sekali termasuk menyentuh isu ajaran sesat, selain pihak berkuasa agama mengeluarkan fatwa bahawa sesuatu ajaran itu sebagai sesat.

Kepada soalan tambahan Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan), Tajol Rosli berkata, walaupun kerajaan negeri tidak akan menggunakan kekerasan atau keganasan untuk menyekat kegiatan itu tetapi tindakan tegas berdasarkan peruntukan undang-undang tetap diambil pada masa sesuai.

"Kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) dan Majlis Keselamatan Negeri sedang memantau kegiatan berkenaan.

"Setakat ini kegiatan mereka masih terkawal," katanya menjelaskan kepada Ngeh yang mahu tahu apakah tindakan kerajaan negeri dalam mengatasi masalah itu daripada merebak.

Mengenai saranan Ngeh bahawa pujukan dan pendidikan adalah jalan terbaik mengatasi masalah itu daripada menggunakan kekerasan seperti dilakukan Terengganu kerana ia bertentangan dengan kebebasan amalan beragama, Tajol Rosli berkata, paksaan atau kekerasan bukan persoalannya tetapi kerajaan tidak mahu berulangnya peristiwa seperti Memali atau Al-Maunah hingga menyebabkan kematian.
Back to top Go down
View user profile
 
Perak pantau lapan ajaran sesat masih aktif
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malay Kids In France :: .:All:. :: World News-
Jump to: