Malay Kids In France
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malay Kids In France

Untuk Orang Melayu saja!

 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  

 

 Timur Laut Jepun Dilanda Gempa Bumi!

Go down 
2 posters
AuthorMessage
~Nina~
Super!! MEmang terer lah orang nie
~Nina~


Number of posts : 406
Localisation : mane ekk?...ntah..lupe ahh..
Registration date : 2005-08-10

Timur Laut Jepun Dilanda Gempa Bumi! Empty
PostSubject: Timur Laut Jepun Dilanda Gempa Bumi!   Timur Laut Jepun Dilanda Gempa Bumi! EmptyThu 18 Aug à 10:51

TOKYO: Gempa bumi pada 7.2 pada skala Richter melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan tsunami kecil serta turut menggegarkan bangunan pencakar langit kira-kira 300 kilometer ke selatan Tokyo dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 56 orang cedera.


Kira-kira 17 orang daripada mereka yang cedera berada di kawasan kolam tertutup di Sendai, manakala yang lain cedera akibat terkena runtuhan batu serta bumbung atau terperangkap dalam lif, kata jurucakap polis, Kazunori Abe.

Rakaman turut menunjukkan sebuah rumah roboh di luar Tokyo dan berlaku tanah runtuh di kawasan yang dilanda gempa bumi.

Jurucakap polis Chiba berkata, seorang wanita berusia 80 tahun terperangkap tetapi berjaya diselamatkan.

Pihak berkuasa tempatan berkata, mereka masih merekodkan mangsa yang cedera tetapi NHK berkata, laporan awal menunjukkan 52 cedera.

Kejadian itu turut menyebabkan bekalan elektrik di 17,000 kawasan kediaman terputus manakala perkhidmatan kereta api peluru di utara Jepun tertangguh serta penerbangan di lapangan terbang Haneda Tokyo tergendala untuk sementara waktu.

Kilang penapisan Nippon Oil di Sendai juga ditutup.

Gempa bumi terbabit berlaku kira-kira jam 11.46 pagi (10.46 pagi waktu Malaysia) dan berpusat 20 kilometer di bawah laut, kira-kira 80 kilometer dari kawasan pantai Miyagi di timur laut Jepun, kata Agensi Kaji Cuaca.

Dua kejadian tsunami setinggi 10 sentimeter turut melanda kawasan pantai berdekatan selepas tengah hari dan pihak berkuasa menjangka beberapa kerosakan akibat ombak berkenaan.

Gempa bumi itu turut diikuti dengan sekurang-kurangnya empat gempa bumi susulan serta boleh mengakibatkan kejadian gempa pada magnitud 6, kata agensi.

Pada 1995, gempa bumi 7.3 pada skala Richter di bandar Kobe mengakibatkan kira-kira 6,400 orang terkorban.

Kedalaman serta kedudukan di luar pantai yang melanda kawasan gempa bumi semalam mengehadkan kerosakan yang berlaku.

Pihak berkuasa di Miyagi masih lagi menganggarkan kemusnahan di kawasan terbabit.

Loji kuasa nuklear yang terletak di Fukushima, iaitu berjiran dengan Miyagi tidak terjejas akibat kejadian gempa bumi berkenaan sementara sebuah lagi loji di Onagawa di Miyagi menutup operasi secara automatik. Kejadian gempa itu turut mencederakan seorang lelaki berusia 72 tahun yang patah kakinya selepas terkena serpihan batu yang runtuh manakala dua wanita cedera apabila minyak panas mengenai mereka ketika berada di sebuah supermarket, kata jurucakap polis Fukushima, Ichiro Oizumi. Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun turut cedera apabila terkena serpihan batu yang jatuh di bandar Zao. – AP
Back to top Go down
lUzsTaR_hiTcHie
Hyper User!!!
lUzsTaR_hiTcHie


Number of posts : 1153
Localisation : beach of bitches n sumtime bilik awek korg.
Registration date : 2005-08-14

Timur Laut Jepun Dilanda Gempa Bumi! Empty
PostSubject: Re: Timur Laut Jepun Dilanda Gempa Bumi!   Timur Laut Jepun Dilanda Gempa Bumi! EmptyThu 18 Aug à 10:56

nih..aku dah bubuh dah..
Back to top Go down
~Nina~
Super!! MEmang terer lah orang nie
~Nina~


Number of posts : 406
Localisation : mane ekk?...ntah..lupe ahh..
Registration date : 2005-08-10

Timur Laut Jepun Dilanda Gempa Bumi! Empty
PostSubject: yerr   Timur Laut Jepun Dilanda Gempa Bumi! EmptyThu 18 Aug à 10:57

ic..
Back to top Go down
Sponsored content





Timur Laut Jepun Dilanda Gempa Bumi! Empty
PostSubject: Re: Timur Laut Jepun Dilanda Gempa Bumi!   Timur Laut Jepun Dilanda Gempa Bumi! Empty

Back to top Go down
 
Timur Laut Jepun Dilanda Gempa Bumi!
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malay Kids In France :: .:All:. :: World News-
Jump to: