Malay Kids In France

Untuk Orang Melayu saja!

 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log in  

Share | 
 

 Negara jiran kena segera bertindak padam kebakaran!

Go down 
AuthorMessage
~Nina~
Super!! MEmang terer lah orang nie
avatar

Number of posts : 406
Localisation : mane ekk?...ntah..lupe ahh..
Registration date : 2005-08-10

PostSubject: Negara jiran kena segera bertindak padam kebakaran!   Tue 16 Aug Ó 21:36

PADA Jun hingga Oktober 1997, Asia Tenggara dilanda jerebu teruk yang meninggalkan kesan terbesar dalam sejarah pencemaran alam sekitar. Pembakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia adalah punca keadaan itu. Fenomena itu memberi kesan besar kepada keadaan ekonomi negara terbabit apabila sektor pengangkutan udara, darat dan air, pembinaan, pelancongan, perhutanan dan pertanian terjejas teruk. Malaysia sendiri dianggarkan kerugian RM34 bilion daripada sektor pertanian dan pelancongan akibat jerebu teruk itu. Itu tidak termasuk kesannya terhadap kesihatan orang ramai. Keadaan itu adalah bayangan menakutkan jika keadaan jerebu melanda negara sekarang bertambah teruk. Tetapi, itulah hakikat yang perlu dilalui jika keadaan jerebu yang melanda negara sejak awal bulan ini tidak dapat diatasi sebaiknya.

Fenomena jerebu yang dialami negara kini sama seperti tahun sebelumnya pada setiap musim panas-kering tiba. Keadaan kali ini diburukkan lagi dengan kebakaran beribu-ribu hektar hutan di Sumatera, sejak awal bulan ini, selain pembakaran ladang yang dilaporkan semakin menjadi-jadi. Di Pekan Baru pula, dilaporkan ribuan hektar tanah gambut terus terbakar, sekali gus memburukkan lagi keadaan. Pembakaran itu sebagai persiapan untuk kerja menanam semula kelapa sawit.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengesahkan jerebu di negara kini bukan berpunca daripada kebakaran hutan atau belukar dalam negara. Ketua Pengarahnya, Datuk Hamzah Abu Bakar, berkata walaupun wujud beberapa tompok panas dikesan melalui satelit di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, semua kes ini segera dipadamkan atau dalam keadaan terkawal menerusi tindakan pantas anggota bomba.

Dalam hal ini, keadaan lebih banyak bergantung kepada usaha negara jiran bagi mengatasi masalahnya, terutama memadam kebakaran hutan dan ladangnya. Kalau pihak Malaysia menghasilkan pembenihan awan bagi mengurangkan jerebu, ia sekadar langkah jangka pendek jika punca sebenar keadaan itu tidak diatasi sepenuhnya. Sebenarnya, semua pihak di Asia Tenggara sedar pentingnya kerjasama alam sekitar merentasi sempadan serta tindakan proaktif dalam menangani dan mencegah jerebu. Malah, beberapa pelan tindakan serantau dipersetujui dan ditandatangani, namun jerebu masih berlaku. Jerebu bukan lagi isu sensitif sesebuah negara, malah memberi kesan kesihatan dan sosioekonomi negara jiran.


Sementara, menanti usaha di negara jiran membuahkan hasil positif, kita di Malaysia perlu berhenti daripada memburukkan keadaan jerebu. Selain tidak melakukan pembakaran terbuka, pengurangan kenderaan di jalan raya dapat membantu ke arah itu dengan orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam. Bagi menjaga kesihatan pula, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai topeng muka, minum banyak air dan mengurangkan kegiatan luar rumah.
Back to top Go down
View user profile
 
Negara jiran kena segera bertindak padam kebakaran!
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malay Kids In France :: .:All:. :: World News-
Jump to: