Malay Kids In France
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malay Kids In France

Untuk Orang Melayu saja!

 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  

 

 Hospital mampu tangani penyakit akibat Jerebu!

Go down 
AuthorMessage
~Nina~
Super!! MEmang terer lah orang nie
~Nina~


Number of posts : 406
Localisation : mane ekk?...ntah..lupe ahh..
Registration date : 2005-08-10

Hospital mampu tangani penyakit akibat Jerebu! Empty
PostSubject: Hospital mampu tangani penyakit akibat Jerebu!   Hospital mampu tangani penyakit akibat Jerebu! EmptyTue 16 Aug à 21:31

SUBANG: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan bahawa perkhidmatan penjagaan kesihatan dan hospital di negara ini mampu menangani pelbagai kes penyakit yang berpunca daripada jerebu.“Saya pasti semua hospital boleh mengendalikan kes penyakit yang berkaitan dengan jerebu,” kata Perdana Menteri selepas melancarkan Malaysia International Aerospace Centre (MIAC) di sini, semalam.

Abdullah berkata, beliau kecewa dan sedih dengan keadaan jerebu yang melanda negara kerana ia menjejaskan pemandangan sekeliling.

Beliau berkata, Darurat Jerebu di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang yang diisytiharkan kelmarin apabila Indeks Pencemaran Udara (API) di kawasan berkenaan melebihi 500, akan ditarik balik apabila sesuai.

Katanya, beliau sudah mengarahkan Bahagian Keselamatan Negara (BKN) dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menyediakan mekanisme yang sesuai untuk menentukan bila ia akan ditarik baolik.

“Kalau sudah bertambah baik, apa perlunya kita kenakan peraturan darurat... tak perlu,” katanya.

Ketika ditanya mengenai laporan sebuah akhbar semalam supaya Malaysia perlu membuang pendekatan pasif dalam menangani jerebu kerana ia mengancam ekonomi negara, beliau berkata, langkah yang diambil Malaysia termasuk mengisytiharkan darurat jerebu perlu kerana ia membahayakan kesihatan.

Katanya, kerajaan tidak boleh membiarkan jerebu bertambah buruk tanpa melakukan apa-apa kerana keutamaan kita ialah kesihatan rakyat.

Ditanya apakah tindakan yang perlu diambil supaya masalah jerebu tidak berulang pada masa depan, beliau berkata, yang penting ialah bermuafakat dengan Indonesia.

Sambil menyatakan Malaysia perlu menawarkan kerjasama kepada negara itu, katanya, ketika beliau bercakap dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, pemimpin Indonesia itu memberi reaksi amat positif.
Back to top Go down
 
Hospital mampu tangani penyakit akibat Jerebu!
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Bakteria MRSA punca kematian 123 pesakit di hospital
» Jerebu belum berakhir -- Operasi besar-besaran padam kebakar

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malay Kids In France :: .:All:. :: World News-
Jump to: