Malay Kids In France

Untuk Orang Melayu saja!

 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log in  

Share | 
 

 Rakyat diajak kuasai Bahasa Inggeris

Go down 
AuthorMessage
~Nina~
Super!! MEmang terer lah orang nie
avatar

Number of posts : 406
Localisation : mane ekk?...ntah..lupe ahh..
Registration date : 2005-08-10

PostSubject: Rakyat diajak kuasai Bahasa Inggeris   Tue 16 Aug à 19:50

PETALING JAYA: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengajak rakyat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris seperti bahasa sendiri, tetapi pada masa yg sama tetap berbangga dan mendaulatkan bahasa kebangsaan.



Beliau memberi contoh penubuhan sekolah elit Melayu oleh penjajah, Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), mempunyai tradisi cemerlang dalam penguasaan bahasa Inggeris dan ketika yang sama pelajarnya tidak hilang semangat kemelayuan.

“Kita tidak akan berkompromi dengan komitmen kita terhadap bahasa kebangsaan, tetapi kita perlu memahami secara tradisinya rakyat Malaysia rata-ratanya fasih berbahasa Inggeris dan keadaan itu perlu kekal pada masa depan.

“Bahasa Inggeris, seperti bahasa Melayu adalah lingua franca iaitu antara bahasa paling banyak dipertuturkan serta dipengaruhi pelbagai bahasa lain di dunia,” katanya ketika melancarkan Program Pelajar Angkat akhbar New Straits Times (NST) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Medan di sini, semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Kalimullah Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Syed Faisal Albar, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP merangkap Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Hishamuddin Aun dan tokoh korporat yang menyertai program itu sebagai penaja.

Melalui program bermula 4 Ogos lalu itu, khusus bagi membantu pelajar luar bandar meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, harga NST untuk penaja dikurangkan sebanyak 33 peratus kepada 80 sen.

Penaja hanya perlu membelanjakan serendah RM820 untuk menaja 20 pelajar dengan sasaran tajaan maksimum tidak dihadkan dan syarikat korporat atau individu berminat menyertainya boleh memilih sekolah di luar bandar yang mereka kehendaki.

Hishammuddin berkata, jurang pengetahuan serta kemiskinan antara masyarakat bandar dan luar bandar tidak hanya berkisar dengan masalah teknikal, malah berhubung kait dengan penguasaan bahasa, terutama Inggeris.

Sehubungan itu, katanya, agenda nasional untuk menghapus kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan tidak akan tercapai jika satu daripada teras keupayaan kapasiti ekonominya, iaitu penguasaan asas bahasa Inggeris, gagal dipenuhi.

“Kanak-kanak di kawasan pedalaman sukar mendapat maklumat bukan kerana sekolahnya kekurangan infrastruktur, tetapi disebabkan wujud kelemahan dalam penguasaan bahasa Inggeris.

“Bagi saya, isu mendapatkan maklumat adalah juga isu berhubung kait dengan penguasaan bahasa atau pendidikan bahasa,” katanya.

Sambil menyambut baik usaha Kumpulan NSTP melaksanakan program itu, beliau berkata, kementerian melalui Bahagian Sekolah akan membantu dengan mengenal pasti sekolah yang memerlukan program seumpamanya bukan saja di Semenanjung, malah di Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, Kalimullah berkata, kajian mendapati pelajar di luar bandar menghadapi masalah yang lebih sukar dalam menguasai bahasa Inggeris, berbanding pelajar di bandar disebabkan persekitaran yang tidak memberangsangkan serta jurang pendapatan keluarga.
Back to top Go down
View user profile
 
Rakyat diajak kuasai Bahasa Inggeris
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malay Kids In France :: .:All:. :: World News-
Jump to: