SYAABAN adalah gerbang menyambut Ramadan yang penuh berkat. Oleh itu, umat Islam digalakkan berpuasa sunat pada bulan ini sebagai latihan dan persediaan sebelum menghadapi kewajipan berpuasa sebulan penuh pada Ramadan kelak.
Ia dinamakan Syaaban kerana Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya pada bulan ini. Kelebihan Syaaban berbanding bulan lain ialah seperti kelebihan Nabi Muhammad saw terhadap semua nabi. Sementara, keutamaan Ramadan berbanding bulan lain adalah seperti keutamaan Allah kepada hamba-Nya.
Pada Syaaban, ada satu malam yang sangat dinanti-nantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.
Kelebihan bulan Syaaban berbanding bulan-bulan lain ialah seperti kelebihan Rasulullah terhadap semua nabi, manakala keutamaan bulan Ramadan berbanding dengan semua bulan adalah seperti keutamaan Allah Taala kepada hamba-Nya. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, menyatakan yang beliau telah didatangi oleh malaikat Jibril pada malam Nisfu Syaaban. Jibril menyatakan bahawa pada malam itu, pintu-pintu langit juga pintu-pintu rahmat dibuka, maka bangunlah dan sembahyang, angkat kepala dan kedua belah tangan ke langit.