| | cinta???!~ lets talk bout L.O.V.E | |
| | Author | Message |
---|
~arabella grace gracia~ Super!! MEmang terer lah orang nie
Number of posts : 252 Registration date : 2005-09-17
| Subject: cinta???!~ lets talk bout L.O.V.E Sun 18 Sep à 11:46 | |
| Andai diibaratkan cinta sebagai bunga, maka kasih sayang merupakan bajanya. Andai tidak ditunjukkan rasa kasih dan sayang maka tiada siapa akan mengatakan bahawa engkau bercinta dengan sekian-sekian. Andai cinta dipendam dalam hati tiada maknalah cinta itu. Betul, bukan?
Andai kau cinta sahabatmu, kau akan mengambil berat segala tentang dirinya.. Andai kau cinta ibu bapamu, kau akan menuruti segala kemahuan mereka dan kau akan menjaga mereka di saat mata sudah kabur, tubuh sudah uzur dan fikiran sudah luntur..
Andai kau cinta anak-anakmu, kau akan berkorban apa sahaja; harta, masa malahan nyawa, andai itu semua akan membuatkan mereka bahagia... Andai kau cinta isteri/suamimu, kau akan serahkan jiwa dan ragamu demi mencapai kebahagiaan hidup di samping yang tersayang...
Namun, jangan kau lupa, cinta itu semua tidak akan wujud tanpa cinta daripada Tuhanmu...
Dan, semua itu tidak akan bermakna, tidak akan kekal lama andai kau tiada rasa cinta terhadap-Nya...
Dan, cinta padaNya tidak akan bermakna andai kau tidak berupaya atau enggan melahirkannya. Seumpama kau kata kau cintakan seseorang tetapi kau enggan melayannya ketika dia mahu berbicara denganmu, kau tidak gembira apabila dia berada di sisimu, kau enggan mendekatinya tika dia memanggilmu, kau berat untuk membuat sesuatu yang bakal menggembirakan hatinya, kau gemar berbuat sesuatu yang pasti membuatkan dia bersedih atau marah kepadamu....
Ya, cinta itu akan menjadi hambar dan pudar dan lama-kelamaan akan malap andai tidak disuburkan dan ditunjukkan kepada yang dicintai...
Apakah kau mahu Tuhanmu tidak mengetahui rasa cintamu kepadaNya? Tuhanmu, yang menjadi musabab kau wujud di muka bumi, yang mencurah segala rahmat yang tidak terhingga kepadamu, yang memberi segala-gala yang kau mahukan di muka bumi, termasuklah sahabat-sahabat, ibu bapa, anak-anak, suami/ isteri yang begitu kau cintai!
Ingatlah, tanpa cintaNya tiada lah cinta mereka...
Tanpa cintaNya tiadalah kau mencintai mereka..tiadalah kau merasa indahnya cinta..
Maka, andai kau cinta pada Tuhanmu.. Tunjukkanlah, dengan menyerahkan sepenuh jiwa ragamu hanya kepadaNya.. Pamerkanlah, dengan menuruti segala suruhan dan meninggalkan segala apa yang dibenciNya..
Kerana, jika kau mencintai Dia, ingatlah sesungguhnya Dia lebih berkali ganda mencintaimu..
Selangkah kau mendekatiNya, seribu langkah Dia akan mendekati engkau.. Kau menapak menghampiriNya, Dia akan berlari menghampirimu...
"Takkan kau merasai indahnya cinta, andai tiada cinta buat Yang Esa" | |
| | | risha_qistina Super!! MEmang terer lah orang nie
Number of posts : 393 Localisation : Kuala Lumpur Registration date : 2005-09-12
| Subject: Re: cinta???!~ lets talk bout L.O.V.E Tue 20 Sep à 14:37 | |
| Apakah itu cinta?
Mereka yang tidak menyukainya Menyebutnya tanggung jawab, Mereka yang bermain dengannya, Menyebutnya satu permainan, Mereka yang tidak memilikinya,menyebutnya satu impian, Mereka yang mencintai,menyebutnya takdir.
Kadang tuhan mengetahui yang terbaik, Akan memberi kesusahan untuk menguji kita. Kadang dia pun melukai hati,supaya hikmat-Nya Boleh tertanam dalam.
Jika kita kehilangan cinta,maka pasti ada alasan Disebaliknya. Alasan yang sulit untuk dimengertikan, Namun kita tetap harus percaya bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, Dia telah sedia memberi yang lebih baik.
Mengapa menunggu? Kerana walaupun kita ingin mengambil keputusan, Kita tidak ingin tergesa-gesa, Kerana walaupun kita ingin cepat, Kita tidak ingin semberono. Kerana walaupun kita ingin segera Menemukan orang yang kita cintai, Kita tidak ingin kehilangan jati diri kita Dalam proses pencarian itu.
Jika ingin berlari,belajarlah berjalan dahulu, Jika ingin berenang,belajarlah mengapung dahulu, Jika ingin dicintai,belajarlah mencintai dahulu.
Pada akhirnya,lebih baik menunggu orang yang kita inginkan, Daripada memilih apa yang ada Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai, Daripada memuaskan diri dengan apa yang ada. Tetap lebih baik menunggu orang yang tepat, Kerana hidup ini terlampau singkat untuk dilewatkan bersama Pilihan yang salah,kerana menunggu Mempunyai tujuan yang mulia dan misteri.
Perlu kau ketahui bahawa bunga tidak mekar Bahawa dalam waktu semalam, Kota rom tidak dibangun dalam sehari, Kehidupan dirajut dalam rahim selama Sembilan bulan, Cinta yang agung terus tumbuh selama kehidupan.
Kebanyakkan hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu Yang lama,dan pernantioan kita tidaklah sia-sia.
Walaupun menunggu memerlukan banyak hal, Iman,keberanian dan pengharapan, Penantian menjanjikan satu hal Yang tidak dapat seorangpun bayangkan.
Pada akhirnya.tuhan dalam segala hikmat-Nya, Meminta kita menunggu,kerana alasan yang penting. | |
| | | | cinta???!~ lets talk bout L.O.V.E | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |