Malay Kids In France
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malay Kids In France

Untuk Orang Melayu saja!

 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  

 

 Lima sahabat maut kereta bertembung trailer!

Go down 
3 posters
AuthorMessage
~Nina~
Super!! MEmang terer lah orang nie
~Nina~


Number of posts : 406
Localisation : mane ekk?...ntah..lupe ahh..
Registration date : 2005-08-10

Lima sahabat maut kereta bertembung trailer! Empty
PostSubject: Lima sahabat maut kereta bertembung trailer!   Lima sahabat maut kereta bertembung trailer! EmptyFri 26 Aug à 12:00

DUNGUN: Lima sahabat yang bekerja sebagai tukang cat terbunuh apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah trailer di Kilometer 108.6 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Kuari Pondok Limau, dekat di sini, awal pagi semalam.


Pemandu kereta, Tong Swee Meng serta rakannya, Ang Kar Hor, Pua Poh Ann, See Bong Leong, semuanya berasal dari Kapar, Selangor dan Lee Cheong Soon, dari Jeram, Selangor, dipercayai dalam perjalanan balik ke Selangor selepas mengecat bagi projek perumahan di Padang Midin, Kuala Terengganu.

Kemalangan kira-kira jam 2 pagi itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara Aeroback yang mereka naiki dari arah Hulu Terengganu ke Kuantan terbabas ke kanan jalan ketika melalui selekoh tajam sebelum bertembung dengan trailer dari arah bertentangan yang membawa dua kabin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Ghafar Rajab, berkata kemalangan itu menyebabkan semua mangsa cedera parah di kepala, patah kaki serta tangan dan mati di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing, petang semalam.

Pemandu trailer, Kamarul Ariffin Mahson, 34, berkata kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan dari Serendah, Selangor untuk menghantar kabin ke Ajil, Hulu Terengganu.

Beliau melihat kereta itu hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum bertembung dengan kenderaan dipandunya.

Kamarul, yang kali pertama kemalangan selepas lebih 10 tahun memiliki lesen memandu, menggigil ketakutan selepas melihat seorang penumpang kereta itu tercampak keluar.

“Saya berada dalam kenderaan hampir setengah jam,” katanya.

Beliau hanya ditenangkan kelindannya sebelum menahan kenderaan untuk membuat laporan di Balai Polis Bandar Al Maktaffi Billah Shah.

"Saya bersyukur kerana tidak cedera, selepas membrek secara mengejut,” katanya.

Sementara itu, Poh Ann, 24, anak sulung dari tiga beradik dijadual berkahwin dengan gadis pilihannya pada 11 September depan.

"Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian," kata seorang perempuan berusia 40 tahun yang enggan dikenali tetapi berada di rumah mangsa di sini semalam.

Sementara itu, kematian Swee Meng, 24, yang turut terbunuh mengulangi kesedihan keluarganya yang baru saja meratapi kematian abangnya lapan hari lalu.

Seorang ahli keluarga yang enggan dikenali berkata, ibunya yang berusia 51 tahun lumpuh separuh badan berikutan kemalangan di Genting Highlands pada 1993.

Tinjauan Berita Harian mendapati, kebanyakan ahli keluarga lima sahabat itu tiada di rumah dan berada di Hospital Kuantan bagi menuntut mayat anak masing-masing.
Back to top Go down
-[zaim]-
Super User!!
-[zaim]-


Number of posts : 667
Localisation : hurm...D bumi Allah!
Registration date : 2005-08-10

Lima sahabat maut kereta bertembung trailer! Empty
PostSubject: Re: Lima sahabat maut kereta bertembung trailer!   Lima sahabat maut kereta bertembung trailer! EmptyFri 2 Sep à 0:58

owh lime saabat tuh orng cine eh???haha... lol!
Back to top Go down
lUzsTaR_hiTcHie
Hyper User!!!
lUzsTaR_hiTcHie


Number of posts : 1153
Localisation : beach of bitches n sumtime bilik awek korg.
Registration date : 2005-08-14

Lima sahabat maut kereta bertembung trailer! Empty
PostSubject: Re: Lima sahabat maut kereta bertembung trailer!   Lima sahabat maut kereta bertembung trailer! EmptyFri 2 Sep à 7:22

asyik kemalangan jerk citer ko..bubuh larr cerite pasal hurricane katrina ker..aper ker..
Back to top Go down
lUzsTaR_hiTcHie
Hyper User!!!
lUzsTaR_hiTcHie


Number of posts : 1153
Localisation : beach of bitches n sumtime bilik awek korg.
Registration date : 2005-08-14

Lima sahabat maut kereta bertembung trailer! Empty
PostSubject: Re: Lima sahabat maut kereta bertembung trailer!   Lima sahabat maut kereta bertembung trailer! EmptyFri 2 Sep à 12:51

ni news yg dah lame ahh..mane ade hurricane katrina lagey mase tu...
Back to top Go down
Sponsored content





Lima sahabat maut kereta bertembung trailer! Empty
PostSubject: Re: Lima sahabat maut kereta bertembung trailer!   Lima sahabat maut kereta bertembung trailer! Empty

Back to top Go down
 
Lima sahabat maut kereta bertembung trailer!
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kereta Kancil bawa lapan penumpang terbabit nahas
» 153 rakyat Perancis maut: Jet MD-82 Colombia terhempas
» Lelaki maut nahas treler disaksi anak, isteri sendiri
» Harry Potter and the Goblet Of Fire ( Trailer )

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malay Kids In France :: .:All:. :: World News-
Jump to: